Orang Cina Bukan Pendatang - PM

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 12:49 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Orang Cina di negara ini tidak dianggap pendatang kerana mereka adalah 'anak-anak Malaysia' yang telah menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda telah menjalankan peranan anda. Anda telah dilahirkan dan membesar di sini, apabila anda mati abu anda akan ditaburkan di sini," kata Najib pada 

Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89793Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89793

Mengenai sekolah-sekolah Cina, Najib mengulangi bahawa ia akan 'terus kekal di sini'.

"Kita adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara selain China dan Taiwan yang mempunyai pendidikan Cina, jadi berapa banyak pun aduan anda, anda tidak boleh menafikan manfaatnya," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.


Najib berkata, tanpa mengambil kira jenis pendidikan, adalah penting untuk semua orang berusaha ke arah perpaduan negara.

"Perpaduan dan keharmonian negara adalah idea-idea yang kita kita impikan untuk dicapai. Akan ada cabaran dan ramai merasakan bahawa situasi yang ideal adalah untuk mendidik semua orang di bawah satu bumbung.

"Tetapi kita perlu belajar untuk menilai seseorang berdasarkan watak dan bukannya warna kulit mereka.

"Kita mesti melihat satu sama lain sebagai rakan-rakan manusia, kerana tidak kira Melayu, Cina atau India, sentiasa akan ada individu baik dan buruk," katanya.

Beliau menggesa rakyat Malaysia untuk melihat pengekalan pendidikan Cina secara objektif.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan