Keperluan Beri Vaksin

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 8:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semakin ramai ibu bapa yang tidak memberikan suntikan vaksin untuk anak-anak mereka.

Bagaimanapun, trend ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan doktor.

Mereka menunjukkan bahawa peningkatan risiko terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit, sebenarnya boleh dicegah.

Sebahagian daripada mereka merasakan bahawa risiko ini telah meningkat dengan kehadiran ramai pekerja asing di negara ini di mana status vaksinasi mereka tidak diketahui.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4Life Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata terdapat peningkatan di kalangan ibu bapa yang menolak atau teragak-agak untuk menerima vaksinasi kanak-kanak, terutama di kalangan ibu bapa berpendidikan tinggi.

Beliau berkata kanak-kanak ini bukan sahaja berdepan risiko penderitaan penyakit tetapi juga mungkin berdepan komplikasi dan kesan jangka panjang lain.

Dr Zulkifli memberi contoh kes seorang bayi berumur lapan bulan yang mempunyai 250ml cecair yang mengalir keluar dari sebelah kiri dadanya dan dirawat di unit rawatan rapi selama dua minggu kerana ibu bapanya tidak mahu Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) diberikan.

Bayi itu batuk selama sebulan dan demam serta sesak nafas selama beberapa hari apabila dimasukkan ke hospital. X-ray menunjukkan radang paru-paru dengan cecair di dadanya, katanya.

"Bil hospitalnya adalah 18 kali ganda daripada kos keseluruhan vaksin, tidak termasuk risiko jangkitan yang diperolehi di hospital, kesakitan IV drip dan dada serta trauma psikologi," katanya.

Dalam kes lain, seorang kanak-kanak berusia satu tahun tidak pernah diberi vaksin utama kerana neneknya tidak bersetuju dengan vaksin ini.

Dia batuk selama tiga bulan dan tidak sembuh walaupun diberi ubat-ubat tradisional.

Dr Zulkifli berkata ujian mendapati bakteria telah menyebabkan pertusis atau batuk berterusan ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak perlu menderita batuk dalam tempoh yang panjang jika dia telah mengambil vaksin DTaP yang diberikan pada usia dua, tiga dan lima bulan dan pada usia 18 bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan ibu bapa yang menolak vaksin telah meningkat dengan keluarga yang mempunyai anak berusia bawah dua tahun, meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes tahun lalu.

Walau bagaimanapun, angka itu mungkin lebih kerana statistik yang dikumpul tidak termasuk klinik swasta, katanya.

Antara sebab-sebab keengganan vaksinasi adalah keraguan terhadap keselamatan kandungan vaksin, kepercayaan bahawa ubat homeopati dan ubat-ubat tradisional tidak boleh dicampur dengan perubatan moden, dan kebimbangan halal.

Perunding Neonatologi Hospital Kuala Lumpur  Dr Irene Cheah berkata ketika ramai ibu bapa mengelakkan vaksin, sesetengah ibu bapa juga menolak suntikan vitamin K.

Akibatnya, seorang bayi meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan seorang lagi mengalami masalah pada otak beberapa bulan lalu, katanya.

Suntikan itu diberikan ketika lahir untuk mengelakkan pendarahan dalam otak atau usus yang boleh mengancam nyawa atau membawa kepada pertumbuhan lembab seperti cerebral palsy, katanya.


Tags / Kata Kunci: vaksin , vaksin kanak-kanak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan