Hubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Isu Vaksin

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa digalakkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) berhubung pelbagai isu berkaitan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebuah jawatankuasa akan bertindak menyiasat isu berkaitan dengannya.

"Jika terdapat isu keselamatan dengan vaksin tertentu, amaran akan diberikan kepada semua kemudahan kesihatan dan masyarakat," katanya dalam jawapan menerusi emel pada Sabtu.

Beliau berkata setakat ini, biro itu menerima 102 laporan atau 0.0025% berhubung kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dalam 4.1 juta dos vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun di Malaysia tahun lepas.

"Kebanyakan kes AEFI dilaporkan melibatkan reaksi kecil pada tempat suntikan, demam ringan dan ruam," katanya.

Dr Hisham berkata laporan yang diterima berkaitan AEFI untuk semua peringkat umur menunjukkan trend penurunan iaitu 1,068 kes pada tahun lepas berbanding 1,777 pada 2013.

Katanya lagi walaupun kebanyakan kes berada di tahap biasa, namum wujud juga kes pada yang dianggap teruk hingga kanak-kanak terbabit perlu dimasukkan ke hospital.

"Kes yang disyaki AEFI teruk akan disiasat dengan teliti dan jika didapati berkaitan dengan vaksinasi, kanak-kanak itu tidak akan tertakluk kepada jenis vaksin yang sama," katanya.

Ditanya mengapa rakyat Malaysia masih dijangkiti penyakit tertentu walaupun diberikan imunisasi, beliau berkata ia dipengaruhi dengan situasi tertentu.

"Ini disumbangkan oleh keadaan penduduk yang berpindah-randah serta ibu bapa yang bekerja.

"Pada masa yang sama kami dapati ia turut disumbangkan oleh kemasukan pendatang yang status vaksin mereka tidak diketahui," katanya.

Bagaimanapun Dr Hisham berkata jumlah orang yang terjejas akibat keadaan itu adalah sangat rendah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan