Gerakan Cadang BN Tubuh Kumpulan Pemikir Tangani Pelbagai Isu

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 5:03 PM

Mah Siew Keong (tengah) bersama barisan pemimpin tertinggi parti melaungkan slogan 'Satu Hati' sempena penutupan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke-44 Ahad. Turut hadir timbalanya Dr Cheah Soon Hai (empat, kiri).

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gerakan mencadangkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kumpulan pemikir di peringkat kebangsaan untuk membincang, menganalisis serta mencari penyelesaian terhadap pelbagai isu di negara ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Mah Siew Keong berkata, kumpulan pemikir itu boleh disertai golongan intelektual daripada parti komponen parti BN dan bertindak sebagai platform untuk merangka strategi yang lebih padu serta berkesan.

Katanya, langkah itu perlu untuk mereformasi BN supaya lebih inklusif dan berorientasikan rakyat dalam menghadapi cabaran masa depan.

"Jika kita mahu terus menerajui Malaysia pada masa hadapan, BN perlu bertindak untuk transformasi sekarang.

"Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan mengambil beberapa langkah konkrit dengan membentuk semula BN yang lebih kohesif, bersatu padu dan mesra rakyat," katanya dalam ucapan dasar beliau pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan dekat sini, Ahad.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya satu biro bagi setiap bidang di peringkat negeri dan bahagian ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai kumpulan dalam BN serta masyarakat awam di peringkat akar umbi.

"Kita perlu menggalakkan lebih banyak dialog yang mendalam, perundingan yang kerap serta kerjasama tulen dalam kalangan parti-parti komponen BN, semuanya demi kepentingan rakyat," katanya.

Mengenai pemuafakatan parti komponen BN, beliau berkata konvensyen agung tahunan perlu diperkenalkan dengan mesyuarat AJK yang lebih kerap di peringkat bahagian diadakan agar pemimpin bahagian dapat bertemu lebih kerap.

"Keempat, kita perlu mempertimbangkan bagaimana mewujudkan mekanisme untuk memilih Pengerusi Bahagian BN dan ahli-ahli jawatankuasanya, dengan mengambil kira amalan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen dan memastikan semuanya diwakili.

"Penyusunan ini akan memastikan bahawa semua pemimpin BN bahagian sedar akan perasaan pelbagai komuniti dan parti komponen serta tidak bermain politik perkauman," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14, Mah berkata BN juga perlu merekrut anggota yang lebih muda serta meletakkan mereka sebagai calon, memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara muda dengan majoriti penduduk di bawah umur 40 tahun.

Siew Keong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga mahu kepimpinan BN mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya yang membangkitkan isu perkauman tanpa mengira kedudukan mereka.

"Malah, pihak berkuasa yang berkaitan perlu membendung segala suara yang rasis dan memecah-belahkan masyarakat, yang bertentangan dengan kepercayaan dan nilai-nilai agama, serta semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara," katanya.

Beliau berkata, Gerakan juga mahu kerajaan mempertimbang untuk meningkatkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberi potongan cukai bagi bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sejumlah 1,618 orang atau 71 peratus daripada 2,279 perwakilan Gerakan seluruh negara menghadiri persidangan kali ini. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Gerakan , BN , Mah Siew Keong , kumpulan pemikir

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan