AirAsia Tawar Tambang Istimewa Untuk Semua Destinasi Di Asia, Australia

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tiga juta promosi tempat duduk ke lebih 20 negara di seluruh Asia dan Australia bermula 19 hingga 25 Oktober.

Menurut AirAsia dalam satu kenyataan di sini, Ahad, tambang istimewa itu disasar untuk memacu perjalanan domestik dan antarabangsa dalam lingkungan rangkaian serantau yang meluas bagi kumpulan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Bagi perjalanan domestik dalam Malaysia, pelanggan boleh menuju ke Pulau Pinang dan Kota Baharu dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM29 sehala, Langkawi daripada RM39 sehala, Kuching daripada RM89 sehala manakala Kota Kinabalu RM109 sehala, kesemua destinasi itu berlepas dari Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh menikmati perjalanan dari Kuala Lumpur ke destinasi lain seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua daripada serendah  RM99 sehala, Goa (India) hanya daripada RM229 sehala, Busan (Korea Selatan) pula bermula RM249 sehala sementara Sapporo (Jepun) yang sangat popular hanya daripada RM359 sehala.

Promosi tambang termasuk semua ini adalah tertakluk kepada perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.

Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Oktober, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Oktober 29, 2016 melalui airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: AirAsia , Asia , Australia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan