Laporan SPRM 2014: Kes Selesai Tahun Sama Disiasat Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menilai operasinya sepanjang 2014 sebagai mencabar tetapi penuh bermakna berikutan pelbagai pencapaian, terutama peningkatan berterusan dari segi penyelesaian kes rasuah yang disiasat pada tahun sama hasil pelaksanaan program transformasi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ahad, SPRM memaklumkan, perkembangan positif itu hasil usaha gigih dan sokongan semua pihak termasuk pelaksanaan program transformasi.

"Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi ke atas SPRM dan bagi Pengurusan Tertinggi SPRM, ia adalah amanah yang wajib dilaksanakan sedaya upaya," kata kenyataan itu.

Menjelaskan lanjut, SPRM memaklumkan, bilangan kes yang disiasat dapat diselesaikan pada tahun sama pada 2014 mencecah 85 peratus, iaitu peningkatan membanggakan berbanding 81.6 peratus yang direkodkan pada 2013 dan 75 peratus pada 2012.

SPRM berkata, pada 2014, SPRM membuka 919 kertas siasatan di mana 85 peratus atau 781 kes diselesaikan pada tahun sama.

"Kejayaan ini adalah hasil program transformasi sektor operasi melalui pelaksanaan pendekatan pengurusan siasatan berpasukan (MTI).

"Daripada 919 kertas siasatan itu, 326 (35.5 peratus) membabitkan kesalahan menerima rasuah, 159 (17.3 peratus) memberi rasuah, 283 (30.8 peratus) tuntutan palsu, 69 (7.5 peratus) salah guna kedudukan dan 82 (8.9 peratus) lain-lain kesalahan," menurut suruhanjaya itu.

Selain itu, SPRM turut mencatatkan peningkatan jumlah pertuduhan  dari 289 pada 2013 kepada 317 tahun lalu, manakala pencapaian kadar sabitan masih berada di paras yang baik iaitu 78 peratus berbanding 54 peratus.

"Jumlah denda yang dikenakan mahkamah ke atas pesalah rasuah juga meningkat daripada RM11.6 juta pada 2013 kepada RM13 tahun lalu, manakala aset bernilai RM2.8 juta dilucuthakkan pada 2014," katanya.

Menerusi laporan sama, SPRM membuka 136 Kertas Pemeriksaan dan Perundingan yang menghasilkan 231 cadangan penambahbaikan, yang telah dikemukakan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

"Salah satu cadangan membabitkan syor penambahbaikan sistem dan prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di Cameron Highlands.

"Selain itu, dasar Merakyatkan SPRM memperlihatkan kejayaan SPRM membongkar penyelewengan kes-kes bersindiket yang melibatkan isu nasional, antaranya penyelewengan bantuan khas kepada nelayan di Terengganu dan pembalakan haram di Sarawak," katanya.

Pencapaian hasil program transformasi itu kata SPRM turut meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap SPRM ke paras 67.8 peratus berbanding 65.8 peratus pada 2013. 

"Dengan usaha penambahbaikan berterusan, SPRM menyasarkan tahap keyakinan masyarakat akan meningkat kepada 70 peratus pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

Laporan Tahunan SPRM 2014 telah diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) sebelum ia dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan Ahli Parlimen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan