10 NGO Gesa Kerajaan Selangor Kota Janji Bina Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 10:06 PM

Kira-kira 300 orang menyertai 'Himpunan Selamatkan Selangor' di hadapan bangunan Umno Bahagian Ampang pada Ahad. Himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos bertujuan menggesa Kerajaan Selangor menunaikan janji manifesto pada pilihanraya umum lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman bagi menggesa kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengotakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat.

"Mereka dalam manifesto 2008 dan 2013 mahu membina rumah mampu milik, tetapi sehingga sekarang kita tidak nampak rumah itu dibina.

"Ini yang kita mahu ketengahkan, kerana ia benda yang kerajaan Selangor perlu buat tetapi mereka tidak buat. Saya harap rakyat bangkit dan usulkan perkara ini kepada kerajaan negeri," kata Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program 'Himpunan Selamatkan Selangor' di perkarangan bangunan UMNO bahagian Ampang di sini.

Antara NGO yang menghambil bahagian dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Gerakan Amal Malaysia; Briged Kesatria Muda; Jaringan Melayu Malaysia; Persatuan Belia India Ampang; Persatuan Ampang Bangkit dan Anak Muda Ampang Bersatu.

Sementara itu Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos merasakan terdapat perkara yang tidak kena dengan kerajaan negeri sekarang.

"Apabila sesuatu kawasan dirancang untuk bina rumah, perintah pembangunan tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Apa masalahnya sebenarnya," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan yang sama pada hujung bulan ini di Subang.

"Tarikhnya kami belum tentukan lagi. Kita akan teruskan perhimpunan ini sehingga kerajaan Selangor buat apa yang kita minta," katanya.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama dua jam mulai pukul 3.30 petang tadi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan