YBK Peduli! Aplikasi Bantu Golongan Miskin

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 4:57 PM

Zainal Abidin (tiga, kiri) dan Pengerusi Sambutan 25 Tahun YBK Datin Hartini Osman melancarkan aplikasi YBK Peduli di Masjid Jamek Kuala Lumpur, Sabtu. Aplikasi ini membolehkan orang ramai membuat aduan atau memberi maklumat mengenai golongan miskin selain menderma kepada golongan yang memerlukan. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play atau App Store.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saluran bantuan kepada golongan miskin kini lebih mudah dengan menggunakan aplikasi baharu yang diperkenalkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Aplikasi dalam talian 'YBK Peduli!' ini adalah inisiatif YBK untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik itu.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, aplikasi ini adalah usaha YBK untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan miskin yang memerlukan bantuan.

"Aplikasi ini bertindak sebagai penyalur maklumat kepada YBK supaya senang untuk kami mengesan golongan miskin.

"Hanya perlu mendaftar untuk melaporkan bantuan yang diperlukan kepada pihak YBK dan dalam masa seminggu, pihak YBK akan bertindak mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan," katanya selepas melancarkan aplikasi YBK  Peduli! di Masjid Jamek, di sini, Sabtu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi YBK Peduli! di Play Store dan Apps Store.

Pelancaran aplikasi ini juga sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada setiap 17 Oktober untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya  membasmi kemiskinan di seluruh dunia.

Pada majlis sama, YBK turut mengagihkan makanan kepada 200 gelendangan di sekitar ibu negara.

Kata Zainal Abidin lagi, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan menderma dalam talian.

"YBK menyasarkan lebih 100 orang akan memuat turun aplikasi ini," tambahnya lagi.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan