Taman Tamadun Islam Bakal Dijadikan Tempat Kursus Haji Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 11:00 AM

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kerajaan negeri Terengganu akan menjadikan Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu sebagai lokasi kursus haji perdana setiap tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ini kerana TTI mempunyai sebuah dewan besar yang mampu menampung sehingga 3,000 jemaah, selain replika masjid seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabi yang boleh dijadikan panduan kepada bakal jemaah.

"Kita minta Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) buat persediaan dan penelitian serta tambah mana-mana yang perlu dalam usaha kita menjadikan TTI sebagai tempat kursus haji perdana yang utama.

"Kita juga buka penyertaan kepada bakal jemaah haji dari luar Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 279 jemaah haji penerbangan kedua di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini malam Jumaat.

Pada musim haji tahun ini seramai 1,394 jemaah dari Terengganu, Kelantan dan Pahang menunaikan fardu haji melalui lapangan terbang itu.

Daripada jumlah itu seramai 1,103 jemaah dari Terengganu, 194 (Kelantan), 71 (Pahang) dan 26 orang dari lain-lain tempat.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan membina beberapa buah hotel dan tempat penginapan bagi memudahkan orang ramai terutamanya pelancong ke negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan TTI sebuah taman berkonsepkan Pelancongan Islam dan projek itu akan dilaksanakan di bawah kelolaan Terengganu Inc tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan