Malaysia Tidak Amalkan Kadar Tol Serata - Abdul Wahid

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 1:35 PM

Abdul Wahid menyertai larian lima kilometer Stats Run 2015 sempena Hari Statistik Sedunia di Dataran Putrajaya pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengamalkan pendekatan mengenakan kadar tol lebuh raya yang serata atau tetap tanpa sebarang kenaikan seperti yang diamalkan di sesetengah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata pendekatan kadar tol yang serata akan menyebabkan bayaran tol yang dikenakan adalah tinggi sejak dari awal penggunaan lebuh raya.

"Malaysia mengambil pendekatan di awal penggunaan kadar tol adalah rendah dan membenarkan syarikat konsesi meningkatkannya pada setiap tiga tahun atau lima tahun," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan tol di 12 lebuh raya di Lembah Klang yang diumumkan baru-baru ini.

Abdul Wahid ditemui selepas menyertai lebih 4,000 peserta larian Statsrun 2015 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putrajaya di sini Sabtu/

Larian ini diadakan bersempena Hari Statistik Sedunia pada 20 Oktober ini.

Jelas beliau, peningkatan kadar tol bergantung kepada kos pembinaan, kos pembiayaan dan pembayaran balik hutang yang diambil oleh syarikat konsesi kepada pembiaya.

Abdul Wahid berkata kenaikan kadar tol dibenarkan berdasarkan unjuran kewangan syarikat konsesi iaitu unjuran trafik berbanding kos pembinaan, kos penyelenggaraan dan kos pembiayaan.

Baru-baru ini 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis, 15 Oktober.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Maju Expressway, Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong.

Turut terlibat ialah Lebuhraya KL-Kuala Selangor, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Kajang Seremban, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat dan Lebuhraya Cheras-Kajang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tol serata , Abdul Wahid Omar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan