Pembangkang Positif Usaha Undi Tidak Percaya Terhadap PM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 6:27 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Pembangkang yakin mampu mendapatkan sokongan majoriti bagi meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, seramai 88 Ahli Parlimen pembangkang sudah bersedia untuk mengundi terhadap Najib di Parlimen pada persidangan yang akan bermula pada Isnin ini.

"Kami mengharapkan keberanian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama bagi mengundi menentang Najib demi kepentingan negara," kata Chua.

Beliau menggesa semua Ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan "demi menyelamatkan negara untuk generasi akan datang".

Chua berkata, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen perlu mengundi terhadap usul undi tidak percaya tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tian Chua , PKR , Undi Tidak Percaya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan