KKMM Kaji Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Mampu Dimiliki

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 3:54 PM

Dr Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur lebar berkelajuan lebih tinggi yang mampu dimiliki, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pakej permulaan bagi jalur lebar tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bermula pada 386 kilobit sesaat (kbps) telah dilanggan oleh 71 peratus rakyat Malaysia.

"Sungguhpun kini terdapat pakej dengan kelajuan lebih tinggi, seperti yang ditawarkan oleh Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 87 peratus daripada pelanggan memilih pakej 5Mps (megabit sesaat), dengan hampir tidak ada orang memilih pakej kelajuan melebihi 30 dan 50 MPS," katanya.

Salleh berkata sebaik infrastruktur itu dapat menampung keperluan, "kami mungkin mempertimbangkan untuk menukar pakej permulaan bagi kelajuan lebih tinggi tanpa sebarang peningkatan kos yang besar untuk mengekalkan kemampuan dan pada masa sama menawarkan kelajuan lebih tinggi.

"Kementerian saya sedang mengkaji butirannya," kata beliau dalam blognya sskeruak.blogspot.my di sini pada Sabtu.

Salleh berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf akses internet kepada lebih ramai pengguna di kawasan luar bandar, termasuk kawasan pedalaman dan pulau di Sabah serta Sarawak, bukan hanya untuk dinikmati oleh masyarakat di bandar.

"Saya telah meminta kementerian saya supaya memberi penekanan khas dan tumpuan terhadap pembangunan prasarana untuk memperluaskan penembusan Internet dan liputan di seluruh Malaysia," katanya.

Salleh berkata kerajaan mahu memastikan menjelang 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar serta 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar kira-kira 100 Megabit sesaat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KKMM , jalur lebatr , Dr Salleh Said Keruak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan