Hospital Swasta Boleh Lakukan Pemindahan Organ Jika Penuhi Kriteria

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Hospital swasta di negara ini dibenarkan untuk melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pada dasarnya, tiada kesalahan bagi hospital swasta melakukan pemindahan organ sekiranya mereka mempunyai individu dengan kelayakan mencukupi, memperoleh akreditasi serta pasukan sokongan untuk melakukan pembedahan itu dengan berkesan.

"Mereka (hospital swasta) hendaklah mengikut prosedur beretika yang digariskan oleh kementerian.

"Dari segi sejarah, kami membenarkan mereka (hospital swasta) melakukan pemindahan hati dan buah pinggang dengan syarat mereka mempunyai kemudahan dan petugas (melakukan pemindahan organ)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-10 Chennai Silk Palace di sini, Sabtu.

Dr Subramaniam berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan pemindahan organ mendapati mereka terpaksa pergi ke luar negara kerana hospital swasta di sini, sukar untuk memenuhi kriteria baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dua tahun lepas.

Beberapa hospital swasta melakukan pembedahan pemindahan sehingga berlaku kematian dan kementerian menutup operasi mereka.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan peruntukan tambahan bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil dalam Bajet 2016 untuk memastikan program transformasi untuk sekolah-sekolah itu yang sedang berjalan sejak 2010 dapat diteruskan.

Beliau berkata sejak 2009 hingga sekarang, kira-kira RM600 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan sekolah Tamil.

Dr Subramaniam berkata kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada kepentingan dalam menyediakan penjagaan kesihatan asas yang berkesan dalam bajet berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Pemindahan Organ

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan