Gangguan Bekalan Air Di Gombak Selasa Ini

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melakukan kerja pembaikan segera ke atas paip bocor di Empangan Batu serta penggantian kelengkapan kritikal pada Selasa ini (20 Oktober).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Amin Lin Abdullah berkata kerja penyelenggaraan mulai 7 pagi hingga 10 malam itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menambah baik kecekapan sistem rawatan air.

Beliau turut menasihati pengguna di kawasan Gombak supaya menyimpan bekalan air secukupnya, sebelum kerja penyelenggaraan itu dilaksanakan.

Bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian, bekalan air dari Empangan Batu terpaksa ditutup dan segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air adalah di Tanah Gantian Sungai Tua, Kampung Sungai Kertas, Taman Jasa Utama, Taman Jasa, Kampung Sungai Tua Baru, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Wira Damai dan Jalan Sungai Tua.

Kawasan lain ialah Taman Batu Caves, Taman Selayang, Taman Amaniah, Taman Gombak Permai, Kampung Bahtera Wira Damai, Taman Suria Selayang, Taman Selayang Mutiara, Jalan Batu Caves, Kampung Bendahara, Taman Selayang Mulia dan Taman Rowther.

Turut mengalami gangguan ialah Bandar Baru Selayang Fasa 2A dan Fasa 2B, Kampung Mahkota, Kampung Baru Batu Caves, Indian Settlement, Taman Raintree, Taman Bukit Permata, Taman Indah Permai, Taman Selaseh Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Samudera, Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Karak, Selayang Baru, Taman Greenwood dan Taman Batu.

Kawasan lain adalah Kampung Dato Karim, Taman Melewar, Kampung Changkat, Kampung Padang Balang, Taman Gombak, Taman Gombak Ria, Taman Greenwood Indah, Taman Changkat Desa, Kampung Lembah Melewar, Medan Batu Caves, Taman Sri Batu Caves dan Taman Desa Batu Caves.

Turut mengalami gangguan di kawasan Taman Selaseh Indah, Dolomite Business Park, Perusahaan Batu Caves, Taman Berjaya, Banjaria Court, PPRT Wahyu, Taman Jasa Perwira, Taman Wahyu, Taman Pelangi, Kampung Batu Muda, Kampung Batu Muda Tambahan, Taman Batu Muda dan Taman Bullion Mewah.

Taman Samudera Teres, Taman Laksamana Puri, Taman Sunway Batu Caves, Kampung Selayang Indah, Taman Sri Selayang, Dataran Selayang, Taman Selayang Segar, Taman Batu View, Kampung Selayang Lama, Batu 5 hingga Batu 9 Jalan Ipoh, Pasar Borong Kuala Lumpur dan TESCO Selayang.

Kawasan kritikal lain yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah Pusat Dialisis Islah - Taman Bolton, Pusat Dialisis Yayasan ATM Veteran dan Pusat Dialisis MAIWP PICOMS.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh muat turun aplikasi mySYABAS melalui Google Playstore dan AppStore atau melayari www.syabas.com.my, Facebook SYABAS 'puspel' atau Twitter SYABAS 'puspel syabas'.

Tags / Kata Kunci: Syabas , Gangguan Bekalan Air

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan