Pemuda Gerakan Mahu Pemegang Konsesi Lebuh Raya Beri Diskaun

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda Gerakan menyarankan supaya kerajaan menggesa pemegang konsesi lebuh raya memberi potongan harga tol kepada pengguna.

Ketuanya, Tan Keng Liang dalam ucapannya pada persidangan sayap itu memberi contoh tindakan kerajaan Barisan Nasional-Gerakan di Pulau Pinang di mana pengguna Jambatan Pulau Pinang mendapat potongan harga 20 peratus.

Beliau mencadangkan supaya konsep sama digunakan untuk lebuh raya yang tiada laluan alternatif di bandar seperti Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP).

"Pemuda Gerakan berharap kerajaan akan meminta dan memastikan pemegang konsesi lebuh raya memberi diskaun bagi harga tol di kawasan tertentu," katanya.

Keng Liang berkata, setakat ini, pengguna lebuh raya tidak ada pilihan, sebaliknya terpaksa menggunakan laluan bertol kerana kesesakan lalu lintas setiap hari terutama di LDP.

"Saya faham pemegang konsesi juga mahukan keuntungan, bagaimanapun daripada maklumat yang diperoleh, syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.

"Walaupun tol tidak dinaikkan sebelum ini, tetapi kadar trafik adalah tinggi.

"Saya rasa adalah tidak wajar bagi pemegang konsesi untuk menaikkan harga tol secara drastik tanpa mengambil kira situasi negara ketika ini.

"Jika PLUS tidak naikkan harga tol, kenapa pula LDP tidak bertindak sedemikian walaupun lebuh raya itu sentiasa sesak," soalnya.

Kadar tol di beberapa lebuh raya utama meningkat antara 20 sen dan RM4.70 mulai Khamis.

Antara lebuh raya terlibat termasuk  Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Maju Expressway, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Terowong SMART,  Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas). 


Tags / Kata Kunci: tol , Pemuda Gerakan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan