Angin Kencang Badai Semporna - Berita Semasa | mStar

Angin Kencang Badai Semporna

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebilangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau terpaksa meneruskan pembelajaran di tempat lain selepas bumbung kelas dibadai angin kencang di daerah Semporna.

Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bulah ketika dihubungi berkata, ribut itu berlaku pada awal pagi Jumaat dan kerosakan yang dialami disedari guru dan kakitangan yang tiba di sekolah itu pada pukul 6 pagi Sabtu.

"Setakat ini, kami hanya menerima laporan kerosakan sekolah ini sahaja. Kami akan laporkan kepada Jabatan Pendidikan daerah untuk atasi masalah ini," katanya.

Pihak berkuasa daerah juga memantau keadaan ini namun belum menerima laporan kerosakan lain.  



Tags / Kata Kunci: Semporna , Bangau-Bangau
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan