1MDB: TNB Kemuka Tawaran Bersyarat Ambil Alih Aset Tenaga Edra

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengemukakan tawaran bersyarat untuk mengambil alih aset penjanaan tenaga Edra Global Energy Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tawaran bersyarat itu tertakluk kepada TNB memuktamadkan pengesahan proses kajian terperinci serta memuktamadkan dan melaksanakan Perjanjian Pembelian Saham.

1MDB juga perlu menyediakan maklumat lanjut mengenai operasi manakala tiada jaminan urus niaga akan dimuktamadkan memandangkan tawaran akhir tertakluk kepada penilaian bebas dan pihak ketiga.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd, berkata sebagai pembeli tunggal semua tenaga yang dijana di Malaysia, ia merupakan pembeli terbaik dan paling sesuai untuk aset itu.

"Pengambilalihan kemudahan tenaga ini, yang akan memberi sumbangan besar kepada kapasiti penjanaan tenaga di Malaysia, akan menjadi penambahan penting kepada perniagaan kami berikutan ia akan terus meningkatkan aliran tunai dan pendapatan syarikat.

"Meluaskan asas penjanaan tenaga dalam dan luar negara memberi kami lebih peluang untuk pertumbuhan perolehan dan menambah nilai pemegang saham utama," katanya.

Selain itu, TNB berkata susulan kajian terperincinya, aset penjanaan tenaga Edra amat sesuai untuk strategi pertumbuhan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Syarikat gergasi utiliti itu berkata gabungan tersebut akan memastikan tenaga pada harga kompetitif dan terus stabil untuk jangka panjang kepada pelanggan domestik dan pengguna, dan membolehkannya meneruskan strategi untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran antarabangsa berikutan pertumbuhan permintaan tenaga yang semakin meningkat.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , TNB , Edra Global Energy Bhd

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan