Proton Jamin Kereta Keluarannya Penuhi Piawaian Keselamatan Kawal Selia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton memberi jaminan kereta keluarannya memenuhi piawaian keselamatan kawal selia di semua pasaran operasinya, terutama Malaysia.

"Proton telah menguji banyak keretanya di seluruh dunia seperti di Australia dan sebelum ini di Eropah.

"Syarikat juga telah mendapatkan perkhidmatan agensi berkelas dunia dan makmal ujian untuk memastikan ujian dan keputusan yang ketat," menurutnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pembuat kenderaan itu berkata, ia akan meneruskan usaha untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya serta membuat penambahbaikan mengikut keperluan.

Proton berkata, prosedur biasa agensi tersebut akan memberitahu dan melaporkan secara sebenar-benarnya kepada syarikat jika berlaku kepincangan, kerosakan atau kegagalan elemen, sebelum sebarang kenyataan awam diterbitkan berhubung kereta yang diuji.

Proton mengulas mengenai dakwaan oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) berhubung "pelanggaran spesifikasi keselamatan" oleh pengeluar kereta tempatan.

"Bagi hal ini, kami akan berjumpa ASEAN NCAP mengenai perkara itu memandangkan kami tidak diberitahu secara rasmi. Justeru itu, kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara berkenaan," menurut Proton. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Proton

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan