"Walau Pahit, Penasihat Pemimpin Perlu Lapor Perkara Sebenar"

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 7:00 AM

Zakaria (tengah) diarak dalam istiadat paluan pada majlis meraikan persaraan beliau di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia pada 13 Oktober 2015. Zakaria, bersara secara rasmi setelah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun.

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Individu berstatus penasihat bagi setiap pemimpin di semua peringkat pentadbiran perlu mengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas dengan melaporkan perkara sebenar, walaupun ia bersifat 'pahit', kata Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, hanya dengan mendukung integriti dalam melaksanakan tugas dan kehidupan harian, rakyat dan sesebuah negara itu mampu bertahan.

Sehubungan itu, katanya, tahap integriti di semua peringkat kepimpinan perlu ditingkatkan bagi memastikan negara ini kekal kukuh, bukannya 'tenggelam' akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Keadaan akan lebih buruk apabila penasihat kepada pemimpin ini tidak menyampaikan perkara sebenar walaupun pahit.

"Tetapi berapa ramai di kalangan penasihat ini yang berani bercakap benar, mungkin kerana kepentingan diri atau bimbang kesan tindak balas yang bakal dihadapi jika bercakap benar," katanya kepada mStar Online apabila membicarakan hal integriti pada pertemuan di kediamannya di Jenderam Hilir di sini, Khamis.

Penulis buku "Man Ana" yang bakal diterbitkan SPRM itu menamatkan khidmat selepas 33 tahun, bermula ketika era Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1982 sehingga ia dinaiktaraf sebagai sebuah suruhanjaya.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis persaraannya yang berlangsung di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di sini, anak kelahiran Kelantan yang juga graduan perakaunan dan sumber manusia universiti tempatan itu tampil mendedahkan beberapa isu yang menarik perhatian ramai.

Antara yang disampaikan bapa kepada 11 cahaya mata dan suami kepada Datin Seri Azbuzainab Yaacob itu itu termasuk berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Zakaria lagi, integriti pemimpin ketika ini tercalar kerana desakan serta jangkaan rakyat yang terlalu tinggi dan bersifat jangka pendek.

"Jangkaan rakyat kini tidak menjurus kepada tugas pemimpin sebenar iaitu merangka dasar negara untuk kebaikan bersama," katanya.

Mengulas lanjut mengenai integriti, katanya lagi, selain pemimpin, integriti juga perlu ada dalam diri setiap rakyat dan juga pengamal media kerana masing-masing berperanan untuk memelihara negara ini.




Tags / Kata Kunci: Zakaria Jaffar , SPRM , integriti , Jenderam Hilir

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan