Tolong Bersihkan Nama Saya - Rayu Pemandu Teksi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 11:37 AM

Hanizan ketika memulangkan budak lelaki yang diculik kepada keluarganya di Kajang, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi berkata, penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di sini memalukan keluarganya.

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," rayunya kepada pegawai polis apabila dia dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebaskan selepas ditahan seminggu untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya yang mengenakan baju biru dan seluar jeans dan kelihatan keletihan.

Hanizan ditahan bersama tiga lelaki lain dalam tempoh 24 jam susulan penculikan budak lelaki berkenaan di hadapan tadika di Sungai Chua yang dirakam menerusi CCTV.

Penculik berkenaan didakwa menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000.

Selepas lapan jam diculik, Hanizan dilihat membawa kanak-kanak itu ke kediamannya pada pukul 5.35 malam dan menyerahkannya kepada keluarganya.

Pemandu teksi itu mendakwa menemui kanak-kanak itu yang bersendirian di tepi jalan dan mengecamnya selepas gambarnya menjadi viral menerusi media sosial.

Bagaimanapun, pemandu teksi itu enggan memaklumkan bagaimana dan dimana beliau menemui mangsa culik itu.

Hampir seminggu ditahan dan polis dengan rasminya mengesahkan beliau tidak terlibat dalam kes penculikan itu, Hanizan dibebaskan mengikut Seksyen 49, Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Tags / Kata Kunci: Hanizan Mohamed Radzi , culik , Sungai Chua

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan