MP Rompin Bakal Dilantik Pengerusi Baharu PAC

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 8:00 PM

Datuk Hasan Arifin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin bakal dinamakan sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila Dewan Rakyat bersidang pada Isnin.

Menurut kertas perintah Parlimen pada 19 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan usul bagi mencadangkan Hasan, 62, sebagai pengganti kepada Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kertas perintah itu berbunyi: "Bahawa yang mulia Hasan Arifin, Ahli Parlimen Rompin, dipilih untuk menggantikan yang mulia Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai, sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira bagi Parlimen ke-13".

Nur Jazlan dan tiga anggota PAC lain terpaksa melepaskan jawatan mereka selepas dilantik ke dalam pentadbiran Najib beberapa bulan lalu.

Pelantikan itu telah lama dinantikan kerana siasatan PAC ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digantung kerana pelantikan Nur Jazlan dan tiga ahli PAC dalam Kerajaan.

Hasan mengekalkan kerusi Rompin untuk Barisan Nasional pada pilihan raya kecil 5 Mei tahun ini. Kerusi itu kosong selepas Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, pada 4 April.

Najib juga akan mengemukakan usul untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ahli jawatankuasa pemilihan.

Dr Ahmad Zahid, Dr Subramaniam dan Dr Wan Azizah menggantikan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The Star sebelum ini melaporkan bahawa perubahan perlu dibuat terhadap jawatankuasa pemilihan sebelum penggantian bagi empat ahli PAC diselesaikan.

Jawatankuasa pemilihan terdiri daripada Speaker Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam ahli Parlimen yang dipilih oleh Dewan.

Selain Muhyiddin, Anwar dan Palanivel, ahli-ahli lain dalam jawatankuasa itu termasuklah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Lim Kit Siang.



iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan