MH17: Ukraine Akan Kerjasama Dengan Malaysia Di Bawah Keanggotaan UNSC

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ukraine, negara terbaru dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), akan menggunakan tempoh keanggotaan itu untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia berhubung nahas pesawat MH17.

Duta Ukraine di Malaysia, Thor Humennyi berkata keanggotaan negara itu dalam UNSC berkuat kuasa tahun 1 Januari depan merupakan platform untuk Kiev dan Kuala Lumpur berusaha mencari dalang di sebalik nahas itu serta penyudahan untuk keluarga mangsa.

"Malaysia juga merupakan anggota tidak tetap sehingga akhir 2016. Oleh itu, semasa tempoh ini, kami akan menggunakan peluang hebat ini untuk bekerjasama dalam membawa mereka yang bertanggungjawab atas tragedi ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau memberitahu demikian pada temu bual dengan Bernama berhubung laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda, Selasa lepas, yang mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine, pada 17 Julai 2014.

Laporan itu dikeluarkan selepas 15 bulan siasatan dijalankan lembaga berkenaan yang turut melibatkan tujuh negara iaitu Australia, Belanda, Malaysia, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Penerbangan MH17, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, ditembak jatuh pada ketinggian 33,000 kaki di ruang udara Ukraine di Donetsk, wilayah bergolak di timur negara itu.

Ukraine dipilih menganggotai UNSC bagi penggal 2016-2017 bersama-sama dengan Jepun, Mesir, Senegal dan Uruguay berikutan undi tanpa bertanding diadakan di ibu pejabat PBB.

Media antarabangsa melaporkan Menteri Luar UKraine, Pavlo Klimkin sebagai berkata negara itu, selaku anggota tidak tetap UNSC, antara lain akan berusaha membawa pelaku sebenar nahas MH17 ke muka pengadilan.

Menurut laporan itu, Klimkin berkata UNSC akan menyediakan 'platform perundangan yang telus dan tidak berat sebelah' untuk tujuan ini.
Tags / Kata Kunci: MH17 , UNSC , Thor Humennyi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan