Keluarga Terima Keputusan Ujian DNA Dengan Hati Terbuka

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:58 PM

Ayel Ajed

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Dua keluarga Orang Asli yang identiti mayat anak mereka disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas ditemui  di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi di sini, menerima dengan hati terbuka keputusan itu.

Mereka kini menunggu kebenaran daripada polis untuk menuntut mayat Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7, di Hospital Gua Musang bagi dikebumikan.

Bapa Ika, Ayel Ajed, 48, berkata mayat anaknya telah dicam olehnya selepas penemuan itu tetapi terpaksa menunggu keputusan ujian DNA untuk pengesahan.

"Kalau boleh pada hari mayat anak saya ditemui lagi saya mahu membuat tuntutan itu tetapi perlu ikut peraturan dan menunggu ujian DNA," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

David Kuasan, 32, pula berkata sebagai bapa dia tetap menyayangi Juvina walaupun hanya tinggal rangkanya sahaja yang ditemui.

Beliau menerima keputusan ujian DNA berkenaan dengan hati terbuka namun sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
 
Setelah hampir 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.
 
Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan