Johor Sentiasa Jadi Keutamaan - TMJ

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 5:02 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Johor dan Johor Darul Ta'azim (JDT) akan 'sentiasa' menjadi keutamaan bagi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan beliau memberi amaran bahawa kerajaan negeri akan menarik diri dari Malaysia jika berlakunya perlanggaran syarat-syarat.

"Sejak beberapa tahun ini, kita sentiasa kukuh, bebas serta pintar. Malah, kita hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas," kata Tunku Ismail.

"Dan jika mana-mana satu syarat itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri dari negara ini," katanya dalam temu bual dengan penerbitan sukan Fourth Official.

Apabila ditanya mengenai sentimen berdasarkan negeri yang dikongsi beliau di media sosial, Tunku Ismail berkata, rakyat berhak untuk mengetahui bahawa 'keadaan kucar-kacir' di Malaysia perlu sama sekali tidak dikaitkan dengan kerabat Johor.

"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen berdasarkan negeri, tetapi bagi saya, saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan di belakang tanah besar ini.

"Saya akan menjadi Sultan di negeri ini pada masa depan dan tanggungjawab utama saya adalah ke arah rakyat Johor. Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT akan sentiasa diutamakan, "katanya.

Tunku Ismail juga berkata selain ayahandanya, idolanya paling besar adalah bekas Presiden Cuba, Fidel Castro.

"Beliau mungkin komunis, tetapi saya menghormati hakikat bahawa beliau mempertahankan prinsip-prinsip yang dipercayainya," katanya.

Tunku Ismail berkata, beliau tidak bimbang dengan pengkritik yang mendakwa beliau menggunakan sukan untuk kepentingan politik.

"Johor bukan sahaja tentang bola sepak. Ia lebih daripada itu. Ia adalah satu alat untuk menyatukan rakyat dan merapatkan jurang perkauman dan pengasingan dalam masyarakat," katanya.

"Jadi, saya betul-betul tidak kisah jika orang fikir saya menggunakan JDT sebagai alat politik, kerana itulah sebenarnya apa yang saya lakukan. Saya tak ada apa-apa untuk disembunyikan," katanya.

Tetapi untuk pengkritiknya, Tunku Ismail berkata: "Janganlah kamu menghakimi saya dengan umur saya, hakimilah saya kerana kelayakan saya dan merit sebenar kenyataan saya."

Beliau berkata sejak beberapa dekad dan abad, rakyat Johor digalakkan untuk bersatu dan komited.

"Oleh itu, ahli-ahli politik boleh menghasut sentimen perkauman, tetapi rakyat Johor akan sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum yang akan menjadi tulang belakang kepada kelab bola sepak ini," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah penggerak di sebalik pasukan bola sepak Johor, dan telah melaksanakan beberapa pembaharuan yang ketara sejak beliau mengambil alih pasukan ini pada akhir tahun 2012.

Johor FA kini adalah juara bertahan Liga Super Malaysia selama dua tahun berturut-turut, dan mereka baru-baru ini mencipta sejarah dengan menjadi pasukan Malaysia pertama yang pernah mara ke separuh akhir Piala AFC.
Tags / Kata Kunci: TMJ , JDT , Tunku Ismail Sultan Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan