Gerakan Gesa Undang-Undang Dana Politik Disegerakan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 9:31 PM

Datuk Mah Swee Keong

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gerakan telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan menggesa supaya pembiayaan politik dikawal selia bagi mengelakkan ahli-ahli politik daripada 'dikawal'.

Presidennya, Datuk Mah Swee Keong berkata, parti itu berharap undang-undang berkaitan perkara ini diluluskan di Parlimen dan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata parti itu mahu memastikan bahawa 'sesiapa yang menderma wang kepada parti politik dimaklumkan'.

"Ia untuk menghadkan atau menghalang rakyat asing atau syarikat membuat kawalan ke atas ahli-ahli politik," kata Mah dalam ucapan perasmian beliau pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu, Jumaat.


Mah berkata, Gerakan adalah satu-satunya parti politik yang menyerahkan memorandum berhubung pembiayaan politik kepada kerajaan.

Beliau berkata negara kini berdepan banyak cabaran politik, memetik perhimpunan Baju Merah 16 September lalu sebagai contoh kejadian baharu dan mengganggu dalam landskap politik negara.

Menurut Mah, perhimpunan itu juga buat pertama kali menandakan bahawa parti-parti komponen dalam Barisan Nasional telah bersetuju untuk tidak bersetuju.

"Saya rasa adalah satu perkembangan sihat apabila parti-parti dalam BN boleh mempunyai pendapat yang berbeza. Sudah tentu tidak sihat untuk satu pihak mendominasi BN," katanya.

Mah berkata negara juga menghadapi cabarab kerana 'semua orang cuba menjadi wira kaum' untuk mendapatkan liputan berita.

Beliau berkata dengan insiden berasas kaum semakin meningkat, Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, mesti melangkah ke hadapan dan memainkan peranan yang lebih besar.

"Gerakan adalah istimewa dan dapat menunjukkan bahawa tidak semua orang adalah rasis dan Melayu, India dan Cina boleh bekerjasama," katanya.

Pada sidang akhbar, setiausaha agung parti Liang Teck Meng berkata 90 peratus daripada calon Gerakan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang telah dikenal pasti untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Tags / Kata Kunci: Datuk Mah Swee Keong , Gerakan , dana politik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan