Mohd Arif KSU Baharu KKLW

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 12:33 PM

Mohd Arif Ab Rahman

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Arif Ab Rahman dilantik sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkuat kuasa Jumaat.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ibrahim Muhamad yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kelayakan, pengalaman dan kredibiliti yang dimilik Mohd Arif akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

"Ini selaras dengan misi kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan," katanya.

Mohd Arif, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.

Selain itu, antara jawatan yang pernah disandang termasuk Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Subang Jaya dan Pegawai Daerah Sepang.

Dalam pada itu, Ali bagi pihak kerajaan Persekutuan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ibrahim atas segala sumbangan dan bakti beliau kepada perkhidmatan awam serta negara selama lebih 36 tahun berkhidmat.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Arif Ab Rahman , KKLW

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan