Wong Chun Wai Dilantik Profesor Adjung UUM - Berita Semasa | mStar

Wong Chun Wai Dilantik Profesor Adjung UUM

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 7:07 PM

Chun Wai (tengah) menunjukkan surat perlantikan sebagai profesor adjung di Fakulti Perniagaan Othman Yeop Abdullah, UUM pada Khamis. Bersama-sama beliau ialah Naib Canselor UUM, Datuk Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai telah dilantik sebagai profesor adjung di Fakulti Perniagaan Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia, pada Khamis.

Surat pelantikan tersebut telah diserahkan kepada Chun Wai dalam satu majlis ringkas di sini oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Dengan pelantikan itu, Wong Chun Wai akan menggunakan gelaran profesor sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan