Minimum RM50 Tambah Nilai, Diterima Di Jambatan Pulau Pinang

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Orang ramai hanya boleh membuat urusan tambah nilai minimum RM50 di lorong-lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang bermula Khamis.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abd Hamid berkata langkah itu diambil selepas kajian teliti dibuat terhadap lorong tambah nilai yang sering sesak dan mengganggu kelancaran lorong-lorong elektronik yang lain.

"Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kekerapan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Walau bagaimanapun, Noorizah berkata pelaksanaan ini dikecualikan untuk tambah nilai motosikal sedia ada yang mana pengguna masih boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.

Katanya pengguna masih boleh menambah nilai serendah RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di bangunan pejabat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua atau Plaza Tol Kubang Semang.

"Orang ramai juga boleh menambah nilai kad elektronik mereka di lebih 580 lokasi tambah nilai yang lain di sekitar Pulau Pinang termasuklah mesin-mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam, pasar raya terpilih dan lain-lain lagi," katanya.

Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 September lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PLUS , tambah nilai , Jambatan Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan