Sumbangan Star Foundation Realisasi Impian Sukarelawan Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 9:05 AM

Tan menunjukkan surat sumbangan Star Foundation dalam merealisasikan usaha mereka membantu penduduk di kaki Gunung Kinabalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Semangat kesukarelawan yang dipamerkan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dalam membantu penduduk kampung yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu berjaya menarik perhatian Star Foundation yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk merealisasikan usaha tersebut.

Sumbangan dari yayasan di bawah Kumpulan Media Star Berhad itu akan digunakan untuk memulihkan sistem bekalan air di dua sekolah dan sebuah perkampungan yang terjejas teruk akibat gempa bumi pada 5 Jun lalu di pergunungan tersebut.

James Tan, penyelaras kumpulan tersebut atau lebih dikenali sebagai Old Puteras Sabah berkata mereka memulihkan sistem bekalan air di SK Timbua dan SMK Timbua yang mempunyai 1,110 pelajar dengan segera.

"Saluran paip dan kawasan tadahan air telahpun rosak atau musnah dan kita perlu baikinya," kata Tan.

Tan yang menawarkan bantuan kepada 30 penduduk kampung sejak Jun lalu dengan dibantu ramai rakan dari Old Puteras berkata, mereka akan memindahkan kawasan tadahan air untuk Kampung Perancangan 1 dan menggantikan saluran paip dengan wang sumbangan tersebut.

"Terdapat kira-kira 200 penduduk di sana dengan 35 buah rumah dan sebuah gereja memerlukan bantuan," katanya.

Kelab Old Puteras itu kini membantu penduduk di kawasan yang terjejas untuk tempoh jangka masa panjang.

Sebuah kumpulan yang terdiri daripada doktor, jurutera dan beberapa yang lain turut bekerjasama dengan penduduk kampung memulihkan semula bekalan air kepada 8,000 penduduk di 29 kawasan penempatan di Kundasang dan Ranau.

Penyelaras kumpulan tersebut, Dr Muhamad Noorhisyam Salleh berkata kos bahan-bahan yang digunakan untuk membaiki sistem bekalan itu dianggarkan sebanyak RM3,000 dan RM12,000  manakala ada yang menelan belanja RM40,000.

"Kami berterima kasih kepada Star Foundation kerana membantu kami. Masih banyak lagi perlu dilakukan untuk membantu penduduk kampung.

"Kami akan terus melakukan kerja kesukarelawan itu sebaik sahaja dana diterima," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan