'Kembara Kepimpinan’ Singkap Rahsia Pemimpin Hebat

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 6:50 PM

Foto: ART CHEN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepimpinan merupakan satu proses yang perlu dipelajari sama ada dalam bentuk teori mahupun pengalaman, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran.

Menurut penulis buku Kembara Kepimpinan itu, ilmu kepimpinan bukan bersifat warisan mahupun genetik sebaliknya ia perlu diterokai dan dibangunkan oleh individu itu sendiri.

“Pada dasarnya kepimpinan adalah tentang membuat keputusan. Pemimpin yang hebat tahu bila mereka perlu membuat keputusan yang berbeza dan berpatutan.

“Mereka mempelajari keupayaan ini melalui pengalaman, amalan dan pemikiran,” katanya.

Tambah Roshan yang ditemui selepas majlis pelancaran buku terbaharunya itu di MPH Nu Sentral pada Khamis, Kembara Kepimpinan merupakan sumbangan peribadinya kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai rahsia kepimpinan.

"Kembara Kepimpinan adalah satu usaha saya untuk (membantu) mendapatkan ilmu pengetahuan tentang kepimpinan supaya setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada ilmu ini.

“Kepimpinan adalah sesuatu yang susah, tapi kalau kita mendapat (mempelajari) banyak pengalaman yang berbeza, kita boleh menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan bagus,” katanya.

Buku Kembara Kepimpinan yang diterbitkan MPH Group Publishing itu merupakan hasil penulisan Roshan yang pertama dalam Bahasa Malaysia.

Menyentuh mengenai karyanya itu, Roshan berkata kebanyakan buku bagi meningkatkan keupayaan kendiri khususnya mengenai kepimpinan dihasilkan dalam bahasa Inggeris.

Jelasnya perkara itu membataskan masyarakat di negara ini untuk memperoleh ilmu dalam bidang kepimpinan.

“Beberapa tahun lalu saya cuba mencari beberapa buku kepimpinan tentang pemimpin-pemimpin atau kepemimpinan di Malaysia, tapi saya tak dapat cari buku seperi ini.

“Walaupun Bahasa Malaysia saya kurang baik, saya berazam untuk tulis satu buku untuk rakyat Malaysia dalam bahasa kebangsaan kita sendiri,” katanya.

Bagaimanapun Roshan mengakui berhadapan masalah bahasa sehingga beliau mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan karyanya itu.

“Ia satu usaha yang begitu sukar dan susah bagi saya. Saya ambil masa hampir empat tahun.

"Saya belajar Bahasa Malaysia dan belajar menulis dalam Bahasa Malaysia. Ia ditulis kerana saya dapati ketandusan ilmu dalam Bahasa Malaysia berkaitan bidang kepimpinan,” katanya.

Menerusi Leaderonomics, Roshan bekerja keras untuk menyediakan keupayaan bagi kanak-kanak, belia, orang dewasa, bahkan pesara untuk belajar, berkembang dan 'mengubah dunia'.

Leaderonomics merupakan sebuah perusahaan sosial yang menyokong perkembangan kepimpinan di semua peringkat umur di seluruh Asia Pasifik.

Roshan menghabiskan masa selama lebih 15 tahun tinggal di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia serta pernah memainkan pelbagai peranan dengan organisasi multinasional.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan