Hospital Swasta Tidak Dapat Penuhi Kriteria Ditetapkan Untuk Pemindahan Organ

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang memerlukan pemindahan organ mendapati mereka terpaksa pergi ke luar negara kerana hospital swasta di sini sukar untuk memenuhi kritia baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua tahun lalu.

Beberapa hospital swasta melakukan pembedahan pemindahan sehingga berlaku kematian dan kementerian menutup operasi mereka.

Satu kriteria baharu adalah sebuah hospital perlu mempunyai satu pasukan khas yang mengendalikan pemindahan organ.

"Prosedur pemindahan memerlukan pasukan yang lengkap, bukan sahaja pakar bedah pemindahan organ tetapi pakar radiologi, patologi dan bius untuk menyediakan kesinambungan penjagaan kepada pesakit.

"Pasukan tersebut juga perlu berkhidmat secara tetap dengan sekurang-kurangnya dua orang dalam satu pasukan pada waktu tertentu. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya terdapat hanya seorang pakar bedah dan dia mengambil cuti selepas melakukan pembedahan ke atas pesakit. 

"Apa yang akan berlaku sekiranya pesakit tiba-tiba mengalami komplikasi selepas pembedahan?," kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.

Namun ia tidak masuk akal dengan kewangan hospital swasta di sini untuk mempunyai sebuah pasukan khusus kerana jumlah kerja yang dilakukan tidak setimpal.

Sebagai akibatnya, bilangan pesakit mendapatkan pemindahan buah pinggang di hospital pelatih, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah meningkat.

Lebih teruk lagi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghentikan prosedur pemindahan organ selepas pakar bedahnya meninggalkan hospital itu.

Walaupun hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang boleh melakukan pemindahan organ, banyak beban arahan daripada KKM bertumpu kepada PPUM kerana operasi pemindahan sama ada diperlahankan atau dihentikan di HKL dan Selayang beberapa bulan lalu.

Dr Jeyaindran berkata kementerian itu memainkan peranan untuk mengurangkan senarai menunggu yang lama dengan menjalin kerjasama bersama insitusi di luar negara bagi melatih bakat tempatan.

"Kami terbuka kepada hospital swasta untuk mengendali prosedur pemindahan organ tetapi mereka perlu memenuhi kriteria minimum yang disediakan dua tahun lalu oleh sebuah pasukan pakar," katanya.

Operasi pemindahan organ bermula di hospital swasta seperti di Pusat Perubatan Subang Jaya dan Gleneagles pada 1999 diikuti Pusat Perubatan Prince Court pada 2009.

Sehingga kawalan ketat pada 2012, hospital swasta menyumbang sehingga 19 peratus daripada operasi pemindahan buah pinggang di Malaysia, dengan 17 peratus dikendalikan Pusat Perubatan Prince Court.

Namun, berikutan kriteria baharu untuk hospital swasta, pesakit yang sebelum ini menerima rawatan di hospital swasta di sini mendapatkan rawatan di PPUM.

Mereka yang mempunyai wang memilih untuk pergi ke Singapura di mana kos pemindahan buah pinggang mencecah antara S$100,000 dan S$200,000.

Kos tersebut meningkat disebabkan nilai ringgit yang lemah pada tahun ini.


Tags / Kata Kunci: pemindahan organ , hospital swasta , KKM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan