Kerajaan Tidak Harus Tanggung Pampasan Tinggi Kepada Pemegang Konsesi Tol

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 7:00 AM

Abdul Wahid Omar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendapat ia tidak harus terus menanggung pampasan yang sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM510 juta bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari lepas.

Bercakap dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam Rabu, beliau berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding RM403 juta pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi pada tahun lepas.

"Kerana itulah kita membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol," katanya sambil menambah kenaikan itu dilakukan mengikut perjanjian konsesi yang dimeterai sebelum ini.

Beliau berkata kenaikan itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dengan kadar kenaikan maksimum RM1.

Menurut Abdul Wahid, langkah itu membolehkan kerajaan membelanjakan sumber kewangannya untuk kepentingan rakyat seperti menyediakan kemudahan seperti sekolah dan klinik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tol , konsesi lebuh raya , Abdul Wahid Omar

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan