Nazir Razak Terima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia Dari Asia House

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 3:10 PM

Nazir Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia yang berprestij, dari Asia House pada majlis makan malam gala pusat itu di London, baru-baru ini.

Anugerah berkenaan merupakan satu pengiktirafan terhadap bukti kelayakan perniagaan beliau dan kepimpinan nilai-nilainya.

Pengerusi Asia House, Sir John Boyd berkata pihaknya berbesar hati untuk memberi penghargaan atas kejayaan dan usaha yang dilakukan oleh Nazir.

"Beliau menekankan manfaat kerjasama dan perkongsian di seluruh ASEAN melalui sokongannya terhadap pembelajaran, kerja penyelidikan bebas dan usaha amal, serta dalam strategi perniagaan yang diimpikan beliau, menunjukkan bagaimana usaha di seluruh ASEAN yang berjaya secara komersial boleh mengeratkan penduduk untuk kebaikan bersama," katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia oleh Asia House mengiktiraf sumbangan individu atas sumbangan keseluruhannya ke arah kejayaan ekonomi, kecemerlangan profesional, kepimpinan nilai-nilai dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Sepanjang 26 tahun Nazir di CIMB Group, beliau mengemudi institusi kewangan itu daripada sebuah bank perdagangan kecil sehingga menjadi penjana perbankan menyeluruh ASEAN pada Khamis.

Beliau meletakkan asas untuk CIMB Group berkembang menjadi kumpulan perkhidmatan kewangan kedua terbesar Malaysia, bank pelaburan berpangkalan di Asia Pasifik terbesar serta bank Islam global yang terkemuka.

Sementara itu Nazir berkata: "anugerah ini mengiktiraf pencapaian rakan sekerja saya di CIMB, yang sentiasa bersama-sama saya sejak perjalanan kami sebagai bank perdagangan kecil dengan kira-kira 70 kakitangan di Kuala Lumpur pada akhir 1980-an, sehingga kami hari ini, sebagai penjana kewangan ASEAN dengan 40,000 kakitangan di 17 negara.

"Kerjaya saya juga adalah untuk mengeratkan perniagaan ASEAN dalam menyokong penyepaduan ekonomi, jadi anugerah ini turut dituju kepada pasukan di Institut Kajian ASEAN CIMB, dan rakan sekerja di Kelab Perniagaan ASEAN.

"Makan malam gala, berlangsung di Banqueting House di Whitehall, London, itu dihadiri lebih 250 tokoh perniagaan dan politik dari Asia dan United Kingdom (UK), termasuk delegasi dari Kelab Perniagaan ASEAN.

Asia House, sebuah organisasi bukan keuntungan, merupakan pusat pakar Asia dengan matlamat mengeratkan antara UK dan Asia.

Pusat itu berhubung dengan perniagaan yang beroperasi di Asia dan dari Asia, daripada syarikat besar multinasional hingga perusahaan kecil dan sederhana, pembuat dasar, pegawai, pembuat keputusan dan orang berpengaruh, akademik, penulis dan orang seni.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan