KKM Hanya Beli Ubat Tanpa Alkohol - Dr Hilmi

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua ubat yang dikeluarkan mengikut tender Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memenuhi syarat tidak mengandungi alkohol, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. 

Beliau berkata berdasarkan syarat itu produk sirap paracetamol 120 miligram/5 mililiter yang disahkan mengandungi alkohol, telah ditarik balik daripada pasaran, walaupun produk itu selamat digunakan. 

"KKM cuma beli ubat yang tidak ada alkohol. Apabila kandungan pada label sisip kotak tidak tertulis peratusan isi kandungan alkohol, maka kita telah arahkan tarik balik tetapi ubat itu masih selamat untuk digunakan," katanya mengulas tindakan kementerian menarik balik ubat demam berkenaan daripada pasaran semalam kerana tidak mematuhi syarat pelabelan. 

Dr Hilmi berkata demikian ketika berucap merasmikan Wisma Yayasan Kesihatan Mental (MHF) sempena hari Kesihatan Mental Sedunia di sini, Khamis yang turut dihadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MHF Tan Sri Dr Abu Hassan Omar dan tiga orang pengasas yang juga Ahli Pemegang Amanah MHF, Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah, Dr Benjamin Chan Teck Ming dan Salleh Ibrahim.

Dr Hilmi berkata KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel ubat di pasaran dan jika ia didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, produk berkenaan akan ditarik balik atau dirampas.  

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa melihat kandungan ubat pada bungkusan kotak sebelum membelinya. 

Dalam pada itu, Dr Hilmi meminta masyarakat, khususnya keluarga pesakit mental supaya sentiasa memahami, mengambil tahu dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan pesakit mental. 

"Saya berharap keluarga pesakit dan masyarakat faham masalah pesakit mental dan jangan sisihkan mereka. Jika masyarakat buat begitu mereka akan bertambah sakit," katanya.

Apabila pesakit mental dijaga dengan baik dan diberi makan ubat dengan sempurna mereka akan terkawal dan mampu berdikari, katanya.

Dr Hilmi berkata berdasarkan kajian pada 2006, sebanyak 11.2 peratus daripada rakyat negara ini mengalami gangguan mental dan angka itu dijangka meningkat setiap tahun. 

Mengenai MHF, Dr Hilmi berkata pusat latihan di yayasan berkenaan menyediakan pelbagai kursus kemahiran asas kepada pesakit mental seperti memasak, menjahit dan bakeri dengan sasaran pesakit berkenaan mampu berdikari dan menampung keperluan mereka apabila tamat tempoh kursus.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan