Kerajaan Buat Persiapan Bagi Pertumbuhan Jangkaui 2020

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 9:20 PM

Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) merasmikan majlis Penjenamaan Semula BSN di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis malam. Foto: The Star/NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat persiapan untuk masa depan negara bagi pertumbuhan menjangkaui 2020.

Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, negara berhadapan dengan perubahan yang pesat sama ada secara teknologi, sosial dan ekonomi.

Antara strategi itu katanya, kerajaan menambah baik hubungan sama ada di kawasan bandar dan pendalaman.

Menurut beliau, kedudukan fiskal turut diperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem penyampaian.

"Kita memegang falsafah berdasarkan nilai tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti. Kita sedang membuat persiapan bagi asas untuk generasi masa depan.

"Segala usaha ini adalah untuk membangunkan keperluan ekosistem untuk rakyat Malaysia demi kualiti kehidupan yang lebih baik," katanya pada majlis perasmian penjenamaan semula BSN di sini, Khamis malam.

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adinan Maning.

Mengenai BSN, Ahmad Husni berkata, perbankan itu memperkenalkan nilai dan inisiatif untuk melakukan penjenamaan semula dan mempertingkatkan imejnya.Jelasnya, ia memperkenalkan jenama baharu, dari 'Bank Komuniti Anda' kepada 'Menggapai Kehidupan Yang Lebih Baik'.

"Saya percaya janji jenama baharu ini merupakan faktor kejayaan utama buat BSN yang berasaskan pelanggan.

"Penjenamaan baharu ini akan membawa BSN dengan yakin kepada jangkaan lebih tinggi dan perkhidmatan lebih baik kepada negara," tambah Ahmad Husni.

Penjenamaan semula BSN memperlihatkan visual identiti baharu yang mengubah warna korporatnya kepada warna 'teal' yang melambangkan kebolehpercayaan dan kebergantungan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan