Jenazah Remaja OKU Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 5:45 PM

Lolanopita (tengah) turut berada di Makam Tuan Haji Said.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jenazah remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, selamat dikebumikan tengah hari tadi di Makam Tuan Haji Said di sini.

Remaja itu yang meninggal dunia pada Rabu, tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 1.20 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Negeri di sini.

Kira-kira 100 orang hadir ke majlis pengebumian pada 1.45 tengah hari itu termasuk ibu remaja tersebut, Lolanopita Sadi, 41, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah dan orang awam.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyertai solat jenazah bersama Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkefli Ramli dan Pengarah JKM Negeri, Mohamad Hapil.

Turut hadir isteri Mohamad, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar.

Sebelum itu, pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Dr Ariffin Mohamad berkata keputusan bedah siasat mendapati punca kematian Muhammad Firdaus adalah disebabkan tersedak makanan ketika diserang sawan.

Beliau berkata Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari. 

"Hasil bedah siasat mendapati Muhammad Firdaus tersedak makanan berbentuk pepejal. 

"Buat masa ini kami sedang mengenal pasti sama ada makanan itu adalah nasi, lauk atau sebagainya," katanya pada sidang media di HTJS di sini selepas bedah siasat pada Khamis.

Arwah meninggal dunia pada 1.15 tengah hari (Rabu) dipercayai diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini.

Muhammad Firdaus sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia dijumpai pasukan Imigresen dalam keadaan terabai dengan tubuhnya yang kurus kering disebuah rumah flat di Nilai pada Jun tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Muhammad Firdaus Dullah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan