Enam Jenazah Nahas LPT2 Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 2:42 PM

Puteri Nabilah Azaman, 19, (tengah) ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika menyaksikan dua adiknya Aliff Kateem dan Aliff Hakim yang dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Baram, Chendering, 3 pagi Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jenazah keenam-enam mangsa kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R and R) Perasing, Kemamam semalam selamat dikebumi awal pagi Khamis.

Jenazah Azaman Ramli, 49, bersama dua lagi anak lelakinya Aliff Hateem Azaman, 16, dan Aliff Hakim Azaman, 12, disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Raja Baram Chendering kira-kira pukul 3 pagi Khamis.

Sebelum itu jenazah ketiga-tiga beranak disembahyangkan di kediaman bekas mertua Azaman berhampiran tanah perkuburan sebelum disemadi.

Manakala jenazah isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, anak tiri Azaman, Noor Amira Syahirah Alias, 22, dan anak angkat mereka Aqeel Muslim Abdullah, 3, disemadikan tanah perkuburan Islam di kampung halaman mereka di Besut pada pukul 11 pagi Khamis.

Semua jenazah dituntut keluarga masing-masing dari Hospital Kemaman setelah proses bedah siasat selesai lewat malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Sementara itu bapa saudara Azaman, Abdul Aziz Mohd Yassin, 54, berkata pagi Rabu beliau sempat menghantar masej melalui aplikasi whatsapp kepada mangsa namun mangsa tidak membalas kiriman tersebut.

"Mereka sekeluarga sering berkunjung ke kediaman kami di Gebeng jika terdapat urusan di Pahang," katanya.

Jelasnya beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak buahnya kira-kira pukul 4 petang Rabu selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman.

Abdul Aziz berkata kali terakhir mangsa menelefonnya dua minggu lepas memaklumkan bekas isterinya telah meninggal dunia di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LPT2 , kemalangan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan