Isu 1MDB Akan Selesai Dalam Masa Dua Bulan Lagi - Berita Semasa | mStar

Isu 1MDB Akan Selesai Dalam Masa Dua Bulan Lagi

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 7:01 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum akhir tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi kenyataan bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa enam bulan bermakna sebelum hujung tahun ini," katanya.

Ia diberi penekanan lagi apabila kerajaan mengambil langkah proaktif antaranya menjual aset 1MDB dan menggunakan hasilnya untuk membayar dan mengurangkan hutang.

"Proses ini akan dijalankan secara mesra pasaran dan telus," katanya ketika  ditemu bual dalam Rancangan Soal Jawab TV3 berkaitan topik, 'Ekonomi Negara' malam Rabu.

Baru-baru ini, 1MDB mengumumkan bahawa paras hutangnya akan dikurangkan kepada kira-kira RM16 bilion daripada paras hutang syarikat.

Ini menunjukkan kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB, yang turut mencerminkan  minat pelabur antarabangsa dan domestik yang kukuh dalam Edra Energy dan Bandar Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Abdul Wahid Omar
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan