Kutipan Zakat Wilayah Persekutuan Naik 10 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 11:30 AM

Penceramah jemputan Ustaz Fauzi Mustaffa (sedang berceramah) dan Ustaz Syed Nor Hisyam (dua kiri) pada Program Santai Ambang Ma'al Hijrah 1437 anjuran PPZ-MAIWP di Downtown Cheras, Selasa malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan tahun ini meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-Maiwp) Abdul Hakim Amir Osman.

Abdul Hakim berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu ialah penggunaan media sosial yang menjadi medium dakwah efektif bagi pihak PPZ-Maiwp mendidik orang ramai dalam menunaikan rukun Islam ketiga itu.

"Melalui penggunaan media sosial seperti Facebook, dan Youtube, ia dilihat sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat yang turut disertai dengan tutorial membayar zakat," katanya kepada pemberita sempena Program Santai Ambang Tahun Baru@Downtown Cheras, di sini, Selasa malam.

Program itu dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia selaku penganjur pasar malam itu adalah program dakwah santai sambil mempromosikan zakat harta termasuklah zakat perniagaan kepada para peniaga dan penjaja termasuk pengunjung di Pasar Malam Downtown Cheras.

Abdul Hakim berkata, seramai 23,000 orang asnaf di Wilayah Persekutuan sedang menerima bantuan itu sama ada dari segi bantuan bulanan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur sosial seperti masjid.

"Saya menyeru agar melalui program sebegini dapat mengajak lebih ramai masyarakat Islam yang sudah cukup syarat untuk tampil menunaikan zakat sekali gus dapat membela nasib asnaf-asnaf yang memerlukan," katanya.

Antara yang memeriahkan program tersebut ialah pendakwah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Fauzi Mustaffa, Ustaz Akhil Hayy, Mawi dan ramai lain.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: zakat , Maiwp , PPZ

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan