650 Peniaga Pasar Malam Downtown Cheras Rayu DBKL Beri Masa

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta untuk memberi lebih banyak masa kepada 650 peniaga serta penjaja kecil di Pasar Malam Downtown Cheras untuk mengosongkan tempat tersebut bagi membolehkan mereka mencari kawasan baharu.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Mohd Yunus Pathi, yang merupakan  pengurus dan pentadbir Downtown Cheras berkata, pihaknya kesal apabila DBKL menghantar surat notis meminta semua peniaga dan penjaja mengosongkan tempat itu sehingga 1 Nov ini sebelum pihaknya sempat mencari kawasan baharu.

"Kami terkejut apabila menerima notis pengosongan tersebut pada 7 Okt lepas sedangkan kami sudah berbincang dan berunding dengan pihak DBKL agar memberi masa yang cukup untuk berpindah setelah mendapat kawasan lain untuk berniaga," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Mohd Yunus berkata jika pihak DBKL masih mahu meneruskan tindakan notis itu, ia akan menjejaskan pendapatan para peniaga dan penjaja sepenuh masa yang kebanyakannya berpendapatan rendah untuk mencari nafkah.

Katanya, notis pengosongan itu dikeluar bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru Jakel yang dikatakan akan dibina di situ tidak lama lagi.

"Kini kami masih mencari kawasan baharu yang sesuai dan ia sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak DBKL.

"Sebaik permohonan tempat baharu itu diluluskan, kami akan pindah serta-merta," katanya yang tidak menamakan tempat tersebut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Downtown Cheras , DBKL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan