Kualiti Udara Seluruh Negara Kekal Baik Setakat 12 Tengah Hari

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 2:00 PM

Orang ramai tetap keluar beriadah walaupun ibu negara masih diselubungi jerebu ketika tinjauan fotoBERNAMA di Tasik Titiwangsa, Rabu. Indek Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 70 iaitu pada tahap sederhana tengahari ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara terus kekal baik dengan kebanyakan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik dan sederhana setakat 12 tengah hari Rabu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di semua kawasan menunjukkan perkembangan positif dengan tiada kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat sejak pagi tadi.

Sebanyak 35 kawasan merekodkan bacaan IPU Sederhana iaitu Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar, Pasir Gudang, Bakar Arang di Sungai Petani, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Chat di Kota Bharu, Bandaraya Melaka, Bukit Rambai, Nilai, Port Dickson, Seremban, Balok Baru dan Indera Mahkota di Kuantan.

Kawasan lain ialah Jalan Tasek dan S K Jalan Pegoh di Ipoh, Kg Air Putih di Taiping, Seri Manjung, Tanjung Malim; Perai, Seberang Jaya 2 dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang; Bintulu, Kuching, Sri Aman, Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang, Petaling Jaya, Shah Alam, Kemaman, Kuala Terengganu, Paka, Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

17 kawasan merekodkan bacaan IPU baik iaitu Alor Setar dan Langkawi di Kedah, Tanah Merah di Kelantan, Jerantut di Pahang, Kangar di Perlis, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah, ILP Miri, Kapit, Limbang, Miri, Samarahan, Sarikei dan Sibu di Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JAS , IPU

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan