BN Pulau Pinang Bimbang Rancangan Tebus Guna Tanah Di Muara Sungai Pinang

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 4:52 PM

Jahara membawa wakil media meninjau sekitar kawasan muara Sungai Pinang yang bakal dibangunkan dan boleh merosakkan habitat laut di kawasan itu, Rabu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kerajaan negeri menebus guna tanah seluas 2,607 hektar berhampiran muara Sungai Pinang, di sini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata pembangunan di kawasan itu kelak akan menghapuskan habitat hidupan laut, selain menjejaskan pendapatan kira-kira 500 nelayan di kawasan sekitar.

"Kita akan kehilangan semua sekali jika kawasan ini dikambus. Kawasan rumpai laut, pembiakan ikan yang ada sekeliling ini maknanya akan habis. Harta yang sepatutnya kita simpan untuk generasi masa depan hilang begitu sahaja. Yang ini kita tidak mahu berlaku di Pulau Pinang.

"Pulau Pinang dah tak jadi pulau dah, kita akan jadi semenanjung pula nanti bila bersambung dengan tanah besar. Kita tidak mahu menjadi kekesalan pada masa depan apabila kerajaan negeri meneruskan rancangan tebus guna tanah ini dan menghapuskan segala warisan yang ada," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu, Jahara bersama beberapa wakil rakyat dan barisan kepimpinan BN negeri serta para media meninjau kawasan itu dengan menaiki bot.

Pada persidangan DUN Mei lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan ia bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar serta Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar.

Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata pembangunan di kawasan itu hanya akan memberi keuntungan kepada pihak pemaju dan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk sekitar.

Katanya semasa BN mentadbir Pulau Pinang, ada rancangan untuk membangunkan Bukit Bendera, namun rancangan itu dibatalkan selepas menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kami sayang Pulau Pinang. Kami nak mengekalkan apa yang kita ada, kita nak baiki apa yang telah dibuat selama ini bukan sampai ke satu tahap sehingga kita akan kehilangan keindahan alam semula jadi," katanya.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: BN , Jahara Hamid , Sungai Pinang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan