Lebih 40 Peratus Perniagaan Melihat TPP Menguntungkan - Kajian

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian pasaran oleh Edelman Malaysia mendapati, lebih daripada 40 peratus perniagaan berpendapat bahawa Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan menguntungkan untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Edelman Malaysia dalam satu kenyataan, berkata kajian yang dibuat pada 7 hingga 9 Oktober lepas itu juga menunjukkan bahawa baki daripada responden pula agak ragu-ragu dan bimbang, bahawa pengenalan perjanjian itu akan menyebabkan potensi turun naik harga barang serta perkhidmatan.

Kajian ini menunjukkan bahawa orang ramai amat mengambil berat tentang TPP dan bahawa mereka agak terbuka mengenai peluang yang bakal ada.

"Rakyat Malaysia agak lebih terbuka kepada idea dan potensi TPP serta pembaharuan sosial yang dibawa termasuk membantu meningkatkan hubungan merentas sempadan dan pelaburan langsung asing yang lebih tinggi," katanya.

Pengarah Urusan, Robert Kay, berkata tinjauan yang dibuat baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan peniaga telah menerima TPP secara lebih meluas tetapi ini bukan dari perpekstif kumpulan pengguna.

"Walaupun selepas 10 tahun perlaksanaan perjanjian itu, semua pihak perlu membuat kajian semula ke atas reputasi dan operasi perniagaan mereka.

"Semua anggota pasaran mempunyai kepentingan domestik yang berbeza dan mereka perlu memainkan peranan yang aktif dengan menganalisa dan menerima pakai strategi perniagaan yang betul untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada," katanya.

Sejak pengumuman perjanjian itu pada 5 Oktober, komentar umum dari seluruh  12 negara anggota TPP, menjurus kepada cabaran di sekitar ratifikasi yang diperlukan mereka.-- Bernama







Tags / Kata Kunci: TPP , Edelman Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan