Kadar Tol Di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth Naik Mulai Khamis - Berita Semasa | mStar

Kadar Tol Di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth Naik Mulai Khamis

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan antara 10 sen hingga RM1.60 berkuatkuasa 15 Oktober (Khamis) ini.

Syarikat konsesi lebuh raya berkenaan, Syarikat Lingkaran Luar Butterworth (PG) Sdn Bhd mengumumkan kadar tol baharu itu, Selasa yang melibatkan tiga plaza tol iaitu Perai, Bagan Ajam dan Sg Nyior.

Pengurus Besar (Operasi) syarikat itu Adnan Ariffin berkata kadar baharu itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga 4, manakala Kelas 5 iaitu bas tiada perubahan.

Adnan dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam masing-masing adalah RM1.50 bagi Kelas 1, RM3 (Kelas 2), RM4.50 (Kelas 3) dan 80 sen (Kelas 4).

"Kadar tol bagi Kelas 5 di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam dikekalkan iaitu masing-masing RM1.30 dan RM1.20," katanya.

Bagi Plaza Tol Sungai Nyior pula, RM1.20 bagi Kelas 1, RM2.40 (Kelas 2), RM3.60 (Kelas 3), 60 sen (Kelas 4) dan Kelas 5 masih kekal 90 sen.

Kelas 1 adalah untuk kereta persendirian, Kelas 2 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dengan lima atau enam tayar, Kelas 3 kenderaan yang mempunyai tiga gandar dengan enam tayar dan lebih, Kelas 4 teksi dan Kelas 5 untuk bas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: LLB , tol , Adnan Ariffin
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan