Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Bom Ankara

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden serangan bom di Ankara, Turki semasa perhimpunan aman Sabtu lepas.

Insiden itu mengakibatkan 95 orang terbunuh dan 246 yang lain cedera selepas dua pengebom berani mati bertindak meletupkan diri di persimpangan berhampiran stesen kereta api utama Ankara.

Dalam kenyataan pada Selasa, Wisma Putra turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Turki agar sentiasa mengutamakan keselamatan.

"Rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Turki hendaklah sentiasa memantau suasana sekeliling dan mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mewakili Malaysia untuk menandatangani buku takziah di Kedutaan Besar Republik Turki di sini sebagai penghormatan kepada mangsa yang terlibat.

Tags / Kata Kunci: Serangan Bom Ankara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan