Peluru Berpandu BUK Tembak Jatuh MH17

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 10:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

"MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.Joustra berkata siasatan mendapati bahawa MH17 terbang secara normal sehingga pada masa kejadian, apabila pesawat itu melintasi ruang udara timur Ukraine.

Beliau berkata pada 13.20 UTC (Waktu Universal Selaras) peledak 9N314M yang dilancarkan menerusi sistem peluru berpandu darat ke udara BUK dari kawasan 320 kilometer persegi di bahagian timur Ukraine, meledak di sebelah kiri dan atas kokpit.

"Bahagian hadapan pesawat itu ditembusi oleh beratus-ratus objek berkuasa tinggi daripada bahan peledak tersebut.

"Berikutan daripada impak dan letupan berikutnya, tiga anak kapal dalam kokpit terbunuh serta-merta dan pesawat itu berkecai di udara," katanya.

Beliau berkata bangkai pesawat terbabit bertebaran di pelbagai tempat dalam  jarak kawasan 50 kilometer persegi dan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Tags / Kata Kunci: MH17 , peluru berpandu BUK , Ukraine

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan