Mukhriz Nafi Dakwaan Kedah Bakal Perkenal Kod Pakaian Wanita Islam

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 3:44 PM

Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menafikan ia bercadang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, Kedah dan Malaysia merupakan negara majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha sabotaj program Discover Kedah tahun depan.

"Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap  sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai 'strict' sangat." 

"Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan tuhannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Exporters Forum" anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini. 

Mukhriz meminta semua pihak tidak risau tentang perkara ini kerana sehingga kini tiada cadangan mengenai kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.

Mukhriz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengenai perkara itu semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan peraturan berpakaian itu walaupun pada ketika ini mereka masih di peringkat perbincangan dengan Majlis Agama Negeri Kedah mengenainya.

Menteri Besar berkata, perkara mengenai cara berpakaian seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan peraturan, lebih-lebih di sebuah negeri dan negara yang majmuk serta pelbagai kaum.

Terdahulu ketika merasmikan "Exporters Forum" itu yang turut dihadiri Pengerusi Matrade Datuk Noraini Ahmad, beliau meminta lebih banyak syarikat-syarikat Kedah mendaftar dengan agensi itu.

Pada ketika ini menurutnya, hanya ada 369 syarikat-syarikat daripada Kedah yang berdaftar dengan Matrade dan usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan mereka kepada sekali ganda dalam tempoh terdekat.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , Kedah , kod pakaian

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan