Ketua Umno Penampang Dakwa Muhyiddin, Shafie Berdolak-dalik

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 2:23 PM

John Ambrose

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang Ketua Umno Bahagian mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai Umno bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Timbalan Presiden Umno dan Naib Presiden Umno itu mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong Sosma yang digubal di Parlimen.

"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan Sosma terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata, Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.

"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.

Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.

"Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang," beliau dipetik sebagai berkata.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sosma , Shafie Apdal , Umno

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan