MH17 Antara Pesawat Penumpang Ditembak Dalam Sejarah Penerbangan

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insiden penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lepas adalah yang kelima melibatkan pesawat komersial dalam sejarah penerbangan.

Kesemua 283 penumpang dan 15 kru di dalam pesawat Boeing 777 itu terbunuh dalam tragedi terbabit.

Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada ketinggian 30,000 kaki, apabila ditembak dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Kerajaan Rusia dan Ukraine menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

Empat lagi insiden berlaku pada:

* 21 Februari 1973, apabila 108 daripada 113 penumpang pesawat Libyan Arab Airlines terkorban apabila pejuang Israel menembak jatuh Boeing 727-200 itu yang tersasar ke ruang udara di Gurun Sinai, ketika itu di bawah kawalan Israel. 

* 1 September 1983, apabila 239 penumpang Korean Airlines dari New York ke Seoul terbunuh apabila jet penumpang itu ditembak jatuh oleh pejuang Soviet semasa era Perang Dingin.

- Pesawat 007 KAL tersasar dari haluan lalu memasuki kawasan Soviet dan dua buah jet pejuang dihantar untuk memintas pesawat yang dianggap penceroboh itu.

- Wakil kongres Amerika Syarikat dari Georgia Larry McDonald antara penumpang pesawat itu. Penembakan jatuh pesawat itu menimbulkan bantahan keras ketika itu, meskipun fakta penuh hanya diperoleh selepas Perang Dingin berakhir.

* 3 Julai 1988, apabila, di Teluk Persia yang bergolak, USS Vincennes menembak jatuh pesawat Airbus A300 Iran Air yang dalam perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Kesemua 290 penumpang dan kru terbunuh. 

* 4 Oktober 2001, apabila pesawat Siberia Airlines Tupelov 154 dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia ditembak jatuh dan terjunam ke Laut Hitam, mengorbankan kesemua 78 penumpang yang kebanyakannya rakyat Israel kelahiran Rusia. 
- Tentera Ukraine pada mulanya menafikan namun kemudian mengaku pihaknya tersalah tembak pesawat itu semasa latihan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan