Kronologi Tragedi MH17: Malaysia Tuntut Keadilan

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 10:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan beberapa negara lain yang terlibat berusaha keras untuk menuntut keadilan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Insiden yang mencetuskan kecaman antarabangsa itu mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 berkenaan.

Pesawat komersial tersebut dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur berada pada ketinggian 30,000 kaki sebelum ia ditembak jatuh dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Kerajaan Rusia dan Ukraine menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

Insiden berkenaan mengorbankan warganegara Belanda (193), Malaysia (43), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan masing-masing satu dari Kanada dan New Zealand.

Pesawat itu dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat, 18 Julai.

Tragedi itu merupakan satu lagi insiden yang mengejutkan negara selepas empat bulan kehilangan pesawat MH370, pada 8 Mac.


Berikut adalah kronologi MH17:

* 17 Julai, 2014 - 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

- 10.15 malam (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT), di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

- Berita antarabangsa melaporkan penemuan bangkai pesawat berhampiran perkampungan Grobovo, Ukraine di wilayah dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Rusia apabila imej menunjukkan bangkai pesawat, mayat dan barangan peribadi bertaburan sejauh beberapa kilometer.


* 18 Julai 2014 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siasatan segera berhubung tragedi itu.

- Masyarakat antarabangsa menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan telus dibuat serta melaksanakan'gencatan senjata segera' di Ukraine.


* 19 Julai 2014 - Pasukan siasatan khas Malaysia membabitkan 131 anggota tiba di Kiev, Ukraine.

- Pasukan siasatan antarabangsa termasuk dari Malaysia tidak dibenar memasuki kawasan nahas ekoran perang saudara yang menyebabkan pertempuran sengit antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

- MAS mengeluarkan senarai penuh nama penumpang.


* 21 Julai 2014 - 12 anggota pasukan perunding Malaysia diketuai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain memperoleh kotak hitam MH17 dan jasad mangsa selepas tiga hari berunding dengan ketua pemisah pro-Rusia Alexander Borodai di Donestk, Ukraine.

- Kotak hitam itu kemudian dihantar ke Netherlands dan kemudian ke Farnborough, barat daya London untuk pemeriksaan data penerbangan.

- Jasad mangsa diterbangkan ke Eindhoven, Netherlands untuk proses  Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) dan siasatan jenayah.


* 23 Julai 2014 - Malaysia mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat pesawat MAS MH17.

- Najib ketika membentangkan usul tragedi pesawat MH17, menzahirkan kekecewaan dan kemarahan Malaysia terhadap pihak yang tidak menghormati lokasi kemalangan sebagai zon larangan dan kelewatan mengeluarkan mayat.


* 1 Ogos 2014 - Najib tiba di Amsterdam.

- Malaysia dan Belanda menggesa pertempuran dihentikan di kawasan nahas.


* 22 Ogos 2014 - Hari Perkabungan Negara diadakan di Malaysia yang mengadakan upacara khas bagi memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi MH17 apabila jenazah mangsa dibawa pulang ke tanah air.


* 9 Sept 2014 - Laporan siasatan awal nahas dikeluarkan pihak berkuasa Belanda.

- Ia membuat kesimpulan pesawat dan anak-anak kapal tidak menghantar isyarat kecemasan dan tidak melaporkan sebarang kegagalan teknikal pesawat.

- Pemerhatian terhadap kerosakan mendapati terdapat kesan objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat dari luar.


* 1 Dis 2014 - Malaysia diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan jenayah susulan penembakan pesawat itu.

- Sebahagian daripada bangkai MH17 diangkut dengan trak dari Ukraine,  penyiasat memulakan penandaan dan pemasangan semula bahagian pesawat.


* 18 Feb 2015 - Draf resolusi terbaharu Majlis Keselamatan mengenai keadaan di Ukraine mengulangi semula desakannya bagi kebertanggungjawaban pihak yang menembak pesawat Penerbangan MH17.


* 19 Mei 2015 - Pasukan penyiasatan antarabangsa Lembaga Keselamatan Belanda kini memberi fokus terhadap analisis berhubung kesahihan fakta yang dibekalkan media berhubung kelengahan dalam penyiasatan nahas pesawat MH17.


*10 Julai 2015 - Malaysia menerima laporan hasil siasatan terhadap nahas udara pesawat MH17 daripada pihak berkuasa Belanda.

- Kerajaan memerlukan masa kira-kira 60 hari bagi meneliti laporan itu secara menyeluruh dan terperinci sebelum mengemukakan maklum balas kepada pihak berkuasa Belanda.


* 11 Julai 2015 - Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17.


* 14 Julai - Negara-negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas MH17 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu yang mengorbankan 298 nyawa.

- Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine berpendapat tribunal jenayah bebas yang ditubuhkan oleh majlis itu, mencerminkan standard antarabangsa tertinggi, akan menjadi medan terbaik bagi memastikan keadilan untuk mangsa dan orang tersayang.


* 30 Julai - Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.


* 24 Ogos 2015 - Malaysia menyerahkan maklum balas berkaitan laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


* 13 Ogos 2015 - Malaysia menerima laporan akhir nahas MH17 yang disediakan  jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat tragedi itu.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan